The reason I love my mom sooooo much!!

“Dah nak masuk maghrib ni, sila baca doa dan selawat banyak2.” Terkumat-kamit mulut mak…bergerak2, tapi saya tidak begitu pasti apa yang mak doakan. Adik di sebelah memeluk mak dengan mengadanya. Oh, adik bongsu!!

“Okay mak..cepat doakan angah.” Saya mengambil peluang…doa mak paling mustajab, di waktu yang paling tepat dan di bulan yang teristimewa, untung saja jika ia termakbulkan olehNYA…

“Okay sume..aminkan. Ya Allah, moga anakku Hadzirah bertemua jodohnya…”

What…waaaaa, terharu! “Ameen…saya dan beberapa adik2 yang lain mengameenkan. (dengan wajah yang berseri2 dan suara yang agak excited)

Tibe2, setelah diameenkan…rupenye2 doa mak tak habis di situ saja.

“….dan semoga dia rajin masuk dapur…”

Dushhh!!!

Ok, nak pengsan!

“Ameen…” Kali ini terdengar suara mak mengameenkan doanya berseorangan, diikuti oleh ‘silent moment’ yang beberapa ketika sebelum adik2 yang lain mengameenkan dengan selingan ketawa yg kejam!!

Huhuhuuu..

Mak…jazakillahukhairan khathira….atas kelembutan dan kehalusanmu memberikan teguran.

Tepat waktu dan ketikanya..

Angah sayang mak!

Leave a comment