Sesuatu tentang abah yang tidak pernah luput adalah sikap abah yang sentiasa bersyukur dan menerima seadanya. Abah bukan jenis yang banyak komplen…bukan juga yang banyak mempersoal. Abah selalu gembira dengan apa yang tersedia di depan mata.
Emak pernah bercerita perihal abah ketika mula2 mak dan abah berkahwin. Abah memang akan makan apa sahaja yang mak hidangkan. Terkurang atau terlebih…abah diamkan sahaja. Mak asalnya tidak mengetahui abah tidak pandai makan tanpa kuah…. Sehinggalah suatu hari abah tuangkan air kosong dalam pingan nasi. Sejak dari hari tu…baru lah mak tau tabiat abah yang suka makanan ‘banjir’.huhu..
How simple this story can be, yet it makes me so proud being his daughter.
Abah, angah rindu sangat kat abah. Angah slalu jeles bila tengok orang lain yang masih ada abah… Tapi angah sentiasa tahu, abah pergi dulu sebab Allah sayangkan abah. Abah baik, disenangi makhuk bumi dan langit kan:)
Angah teringat saat2 bilamana angah selalu terjaga malam….angah nampak abah selalu solat tahajjud tengah2 malam. Sampai meninggalkan kesan di dahi abah. Angah tahu… Allah sayang kat abah. Angah tahu..
Moga abah tenang di sana..