OrthoPOD

Its has been almost 1 month me in orthopaedic Miri.
“Mixed-growth” feeling.
Unable to describe the experience.
Things happen sooo fast.
Most of the time, i can only say… Oh, Ya Allah. Please make me wiser day by day. And dont show my weakness and stupidity in front of others.
Wuuuuu..

Long way to go.
I must stay strong.
Physically…and heartly.hehee..

Missing ortho seremban.
Oh!

Advertisements

Pengajaran terindah

image

(Random thoughts)
Saat terindah…
Adalah ketika bersama akhawat..ketika mereka mengajar kita kembali dlm adab tertib yg sudah sebati, tentang kesegaran iman dan muhasabah amal..
Rindu!!

*********

Sudah lama tidak ketemu dengan akhawat yang bersama2 saya di saat saya sendiri memulai tarbiyyah. Terutamanya adik2…

Malam itu adalah pertemuan yg pertama setelah berbulan lamanya tidak bersua.
Saya. Najihah. Lina.
Kami bertemu di bangi, dalam hujan renyai2 dan perut yang tidak berisi…sungguh, hati saya memang berbunga2! Saya rindukan mereka:)
Ntah apa yang dibualkan sangat..saya tidak begitu ingat tapi malam itu sungguh istimewa.
Betapa benarlah saya mmg sudah lama tidak bersama akhawat apabila lina berkata,

“Kak jiha..akak nk rasa air saya tak? Kite tukar air jom.”

“Tu laaa….kite mmg nk tukar2 air pun.”

Saya terdiam. Ya Allah…air pada gelas saya dh kosong!!

“Korang….soriiii. Air kite dh habis. Kite tak offer pun kat korang.”
Tu jer yang mampu dikatakan… “Tau tak..betapa lama kite tak lepak ngan akhawat, sampai kite dh lupa nk share dh.”

********

Malam itu..saya balik dengan hati yg sedikit terkilan:(
Sesuatu telah kehilangan dlm diri saya…
Sekecil2 rasa dan keinginan utk berkongsi pada apa yang kita ada..
Dan mereka, telah sekali lagi mengajarkan diri saya.
Jazakillah korang!
Ini hadiah yang bermakna!

Hadzhamdan

Bukan kerja DOKTOR!

Menjadi seorang doktor, telah meletakkan beberapa ‘harga’ utk sesetengah perkara.

Ada yang diketahui umum sebagai ‘bukan kerja doktor.’

Saya mengingati saat suatu ketika saya sedang on-call. Dalam separuh kesibukan mengambil darah, seorang makcik (pesakit perempuan) memanggil saya.

Saya sedikit teragak utk datang.

“Malasnya!” Getus hati, dalam kesedaran yang penuh bahawa Dia jualah yang Maha Mengetahui apa di hati. Oh, Malu!

Kerenah pesakit.

Bekerja di ward perempuan iaitu ward 6A tidak sama dengan berada di ward lelaki 7B. Isu, tekanan, bebanan kerja…suasana dan tahap kesibukan yang memang ketara bezanya.

Di ward 6A kurang bz, isunya simple dan staff nurse yang ‘kurang garang’..hehe.. Cuma yang menjadi kerimasan para doktor dan staff nurse adalah kerenah sesetengah pesakit yang kebanyakan masa adalah tidak terlayan!!

“Nurse, salinkan pampers acik ni haaa..”

“Nurse, suapkan acik makan.”

“Nurse, naikkan sikit katil acik.”

“Nurse, air dah habis.”

“Nurse, darah masuk kat tiub.”

Nurse itu…nurse ini! Itu antara dialog biasa…saya sudah terlalu kerap mendengar. Ada masanya, rasa seperti sudah ter’imune’. Kadang2 akan ketawa bersama staff nurse mengenangkan kerenah pesakit. Bukan meremehkan keadaan mereka yang kurang upaya, tetapi tercuit jugak hati melihat pesakit2 yang berlagak ala2 mak datin! Minta dilayan 24/7.

“Nurse, jangan la pergi haaa. Jangan la tinggalkan acik sorang2, kalau acik jatuh susah nanti. Acik taknak sorang2”

Itu adalah dialog yang paling sukar saya lupakan.. Sedangkan katilnya mempunyai palang yang agak tinggi utk menghalangnya dari jatuh. Saya jelas dengan perihal pesakit tersebut yang memang menginginkan perhatian hampir setiap masa.

Oh, Ya Allah..kasihan juga pada staff nurse yang tak menang tangan. Betul..memang tak menang tangan!

“Tak pe cik, jangan risau..ramai ada kat sini. Tu, ada student..ada doktor, ada orang lalu lalang. Kalau pape, acik blh panggil jer.”

Saya cuba menenangkan pesakit.

Pride of a DOCTOR!

Dan malam itu, saya menjadi ‘nurse’.

“Doktor, tolong sapukan ubat kat belakang acik ni haaa. Acik tak sampai la.”

Saya sedikit malas. Itu sesuatu yang kami biasakan dengan istilah yang disebut “bukan kerja doktor”.

“Err..makcik, kejap yer. Saya panggilkan nurse.”

“Doktor tak boleh sapukan ke? Saya bukan apa, nurse ni bising la kalau nk minta tolong. Doktor bz ker?”

Saya terdiam. Eh makcik nih, sempat lagi mengumpat nurse! Jujur, saya masih lagi teragak…tapi berusaha memaksakan diri.

“Tak la bz sangat. Meh saya sapukan ubat.”

“Terima kasih doktor..sapukan kat perut saya boleh?” Laaaaa….tadi cakap sapukan kat belakang. Sapu kat perut blh sapu sendiri kot!

“Ok doktor..kat ketiak pulak.”

Ya Allah…mmg berderau darah saya!! Bercampur baur dengan segala perasaan. Ego, geram, memaksakan keikhlasan, malu pada Tuhan..jua dalam kepenatan berjaga malam.

“Doktor, letak banyak sikit kat ketiak acik…sapu lebih lagi.”

Separa sedar..tangan saya masih menyapukan ubat. Percayalah, itu adalah yang pertama kalinya! Permintaan semakin ‘melampau’, tapi tangan saya masih terus bergerak sendiri, ntah di mana saya sapukan saya sendiri kurang pasti. Yang saya tahu, saya mahu semuanya cepat2 berlalu. Dengan kesempitan dada, kecewa dengan kelemahan hati dlm beramal….sungguh, terasa seperti disental olehNYA

Dan malam itu telah menjadi malam yg penuh muhasabah. Ini gara2, sudah terbiasa dengan tidak membuat “bukan kerja doktor”.

Itulah nilaian dan harganya.

Standard.

Skop kerja..terikat pada batas nama kedoktoran!

This is the PRIDE of a doctor.

Kita sudah terbiasa.

Doktor tak salinkan pampers.

Doktor prescribe ubat…bukan tukang sapu ubat.

Doktor order utk ‘prop up pt’…bukan doktor yng kena susah payah bongkokkan badan memutar gear utk meninggikan katil.

Doktor order utk ‘tepid sponging’…bukan doktor yang kena lap badan pesakit.

Doktor beri arahan, bukan melaksanakan arahan.

Bukankah itu semua kerja nurse??

Namun, berbeza di ward lelaki 7B. Pesakitnya lebih independent, jarang meminta itu ini…akan berusaha sendiri! Paling2 mereka akan meminta kerusi roda/zimmer frame jika ingin bergerak ke mana2…terlalu jarang meraih bantuan. Dan ketika itu, jika seorang doktor mengangkat pesakit dari katil…

Membantu pesakit ke toilet…

Memberi makan ubat..

Membantu menukar sarung cadar katil..

Itu adalah kemulian, dan itulah kerja seorang doktor!

Doktor dan Kemulian

Begitulah suasana membolak-balikkan hati seorang doktor. Apabila berhadapan dengan pesakit yang banyak kerenah…harga perkhidmatan akan melambung. Saham keikhlasan jatuh mendadak. Meninggalkan dalam hati perasaan geram dan segala ketidakpuasan.

Apabila seorang doktor membantu yang kurang upaya yang kurang pula kerenahnya, yang di bersiap siaga di ruangan hati ialah rasa bangga, mulia dan lebih bermakna. Oh Tuhan! Ada saja yang tidak kena!

Begitulah sebenarnya Tuhan telah menyisakan kepada saya perasaan2 itu…

5 tahun tarbiyyah, saya sangka…saya sudah ‘suci’ dari semua ini. Saya sangka, saya meletakkan harga yang sama. Tapi malam itu…Tuhan telah mengingatkan saya semula.

****************************************************************************

“Dan tidak ada seorang pun yang memberikan suatu nikmat padanya yang harus dibalas. Tetapi (dia memberikan itu semata2) kerana mencari keredhaan TuhanNYA yang Maha Tinggi.)” [92:19-20]

Drhadzhamdan

Hati yang hepi

Bismillahirrahmanirrahim…

Saya hampir2 tidak percaya bahawa blog usang ini masih punya pembaca…sungguh, saya benar2 tidak percaya!

Saya tidak mahu berkata saya tidak ada masa:(

Manusia punya senggang waktu yang sama…untuk makan, belajar, bekerja…berDAKWAH, menDF mad’u, menikmati langit Ilahi (itu kesukaan saya!)…malah untuk berbuat apa sahaja. Cuma yang penting adalah PENGATURANNYA! Yang mana ramai di antara kita (termasuklah saya orangnya tu) masih belum bisa melaksanakan sepenuhnya…

Mengatur masa itu…samalah dengan mengatur seluruh KEHIDUPAN kita! Gagal memanfaatkan masa…beerti, gagal mengatur hidupnya. Sedang seorang mukmin itu banyak pertanggungjawabannya. Jadi…pelik, jika masih ada masa utk berkata “Ntah la, tak tau nak wat ape!”

Oh…ni macam nak saiko diri sendiri..hehe, but its okay. Its itme to move forward, kan Had:)

Entry ni ditulis untuk menyatakan jazakumullahu khair utk mereka yang masih sudi membaca. Saya tak tau…apa yang mampu diberikan, tapi saya yakin setiap antara kita punya sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. Kan Rasulullah kata, “Even a smile can be a charity.” Subhanallah…best kan!! Yang best juga, “Kata2 manis juga adalah sedekah.” (oh, macam tak percaya!)

Saya selalu rasa excited bila berkata tentang hari2 yang mendatang…terutamanya bila berkata tentang cinta, masa…harapan, semangat dan ukhuwwah yang memberikan kekuatan!

Saya katakan pada adik kesayangan saya pagi semalam bila ditanya, kenapa kak had hepi semacam…hhmm, saya kata “Hari ni kan untuk Allah, kena la hepi.” Everyday is for Allah…rasa hepi bila rasa nak hadapi hari2 bersama Allah, hepi bila kuar rumah sambil baca Bismillahitawakkaltu ‘alallah sambil tengok langit yang sangat2 luas. Saya selalu meminta, supaya Allah meluaskan hati saya…sebagaimana luasnya langit yang melindungi bumi…dan saya inginkan hati yang suci putih sebagaimana awan yang sentiasa menemani langit Ilahi…

Dan hari ini…saya ajarkan diri sendiri, juga kepada adik yang saya sayangi..bahawa hari2 kena selalu berusaha utk hepi!! Walaupun rasa hepi tu Allah yang bagi…tapi kita sendiri kena berusaha saiko diri mengatakan bahawa kita sedang hepi, yeay!!!

Kerana…hati yang hepi je dapat menghepikan orang lain. Wajah yang tersenyum jer, dapat men’tersenyum’kan orang lain..(oh, bahasa saya!)

Dan…hati yang hepi itu, adalah supaya kita sentiasa dapat fikirkan apakah kebaikan2 yang dapat kita berikan kepada orang lain. hati yang hepi itu, adalah supaya otak cerdas berfikir bagaimana untuk melajukan dakwah dan tarbiyyah…hati yang hepi itu, adalah supaya kita bersemangat untuk membangkitkan jiwa yang lemah:)

Kunci untuk mendapatkan hati yang hepi…ialah NIAT YANG SENTIASA BERSIH TERHADAP ORANG LAIN. Iaitu tiada prasangka2 buruk dan sentiasa yakin pada kebaikan2 yang ada pada orang lain… Dan, pandanglah manusia lain dengan pandangan kasih sayang, lantas pegang tangan mereka…lalu katakan, “Sesungguhnya, ini adalah tangan seorang Daie.”

Itu…saya belajar dari Seyha, adik kesayangan saya:)

Jazakillah seyha sayang~

-had dublin-

Moving forward

Bismillahirrahmanirrahim…

Sudah lama tidak menulis, menjadikan jari-jemari tersangatlah kaku di depan laptop…

Seorang sisters pernah berpesan, kalau ada bakat menulis…kena tulis selalu, tak leh kejap tulis…kejap tak! (Err…terkesan di situ!) Dan bakat itu harus dikembangkan.. Am I being counted as someone with the gift of writing? Mungkin tidak,huhu…berangan2 boleh la kot..

Hmmm…

Sejak akhir2 ni, seorang sister berkata…”Had ni semakin garang la…” Wargh…palpitation kot, mendengar komen yang tak disangka2 ni..

Adakah betul yek, saya semakin garang?

Hampir 3 bulan di’basuh’ oleh kakak2…it turns out, me to be semakin garang. Wah…!

Ketahuilah…bukan sengaja nak jadi garang, I’m just moving forward…

Insyaallah…saya akan berusaha menjadi semakin lembut. Hmm…tak cukup lembut ke rupanya selama ni..hehe. Somehow, this article membuatkan diri ini nak berusaha lagi..lagi dan banyak lagi! Dakwah itu ialah CINTA…

Walaupun di’rejek’ berkali2 oleh mad’u yang sangat disayangi…ketahuilah bahawa diri yang semakin garang ini…semakin hari semakin mencintai kalian!!!

Kepada ahlul Rifa yang sangat2 disayangi…nak share sumthing ngan antunna…

Dakwah itu cinta, dan tidak ada dakwah tanpa cinta. Hati itu sumber cahanya dan kebaikan. Kemudian urusan itu berkembang lebih jauh lagi, dari ke arah berlapang dada kemudian kepada al-ithar (mengutamakan saudaranya). Kerana itulah dakwah yang bukan disulami cinta akan melahirkan kebencian dan kesmpitan hati membawa kepada perpecahan. Daei memerlukan hati yang cukup luas untuk menampung hati-hati yang mad’u dan ikhwah yang lain. Bila ithar dan husnudzon itu memenuhi jiwa daei itu tandanya pohon Cinta Dakwah sedang subur mekar di hati mereka..

-had dublin-

Layakkah aku menjadi KITA?

Jika mereka mengenali KITA, mereka pasti akan berkata..”Istimewanya KITA..” Aku merasai hangat dan bahagianya menjadi KITA. Ke hulur dn ke hilir bersama2…kau membawa kereta, dan aku duduk di sebelah bersama2. Oh, ini kan kereta dakwah KITA!

Jika mereka tahu siapa KITA, mereka pasti hendak turut serta…  Walau sesusah mana, tidak kira! Walau serabut macam mana…belakang cerita! Aku yakin, kerana engkau dan aku membentuk KITA. Dan engkau adalah antara sebab aku utuh menggigit keras lekuknya jalanan ini. Engkau yang menepuk2 bahu dan memegang jari-jemari lantas berkata, “Tak mengapa…bersabar sahaja.”

Andai mereka berada antara KITA…aku yakin mereka akan ketawa dan menangis bersama2.

Andai mereka melihat kemesraan KITA, aku yakin mereka juga akan pelik buat seketika. Barangkali akan bertanya, “Wujudkah golongan seperti KITA?” Kerana…aku juga pernah berfikir perkara yang sama. “Wujudkan insan seperti mereka (insan2 terdahulu sebelum kita)?”

Kalaulah mereka sanggup bersabar bersama KITA…mereka akan lebih mengerti makna pengorbanan yang tidak mengenal waktunya. Kerana aku juga belajar perkara yang sama.(walau ada masanya tewas kerana sayang pada dunia)

Kalaulah mereka menghirup nafas yang sama seperti KITA, pasti mereka jua merasa  indahnya ukhuwwah KITA. Meresap dalam darah kita…adalah janji kita untuk bersama2 setiap masa dalam rasa cinta yang sama.

Sekiranya mereka mengetahui siapa KITA…?

Siapa KITA?

Kerana aku memahami sukarnya sebenarnya menjadi KITA… Kadang kala terfikir jua, layakkah aku menjadi KITA?

Sebab untuk menjadi KITA, banyaknya yang telah memakan jiwa raga… Tidak sedikit yang memendam rasa.

Sebab untuk menjadi KITA, kadang2 terasa diri berpura2. Dengan penuh kekurangan yang sedia ada..mampukah aku menjadi KITA?

Untuk menjadi KITA…bererti menjadi Daie sempurna!

Layakkah sebenarnya aku menjadi KITA? Sedang terbentang di hadapan kita ialah perihal yang susah belaka…berlapang dada, berkorban apa saja dan ukhuwwah yang sebenarnya harus diusaha!

Barangkali engkau sudah melepasi tahap menjadi KITA…tapi aku?

Bolehkah aku menjadi KITA?

Lantas engkau berkata, dengan ayat yang sama. “Tidak mengapa, bersabar sahaja..”

(Ahh! Aku tidak tahu utk menjawab apa…tapi kutahu, aku perlu berusaha!)

P/S: Luahan perasaan pabila melihat sisters lain yang semakin laju…sedang diri baru berusaha utk ‘recover’ dari luka yang lama. Untuk jalan yang panjang, mohon doa dari antum semua!

GREEN LIGHT: Perlu usaha, bukan duduk bersahaja!

Green light dari family...

Green light dari family…

Mudahnya mendapatkan green light dari emak ana untuk ke mana2 program summer…ana kira itu satu keberuntungan yang besar! Selalu juga ana membandingkan diri ana dengan sahabat2 lain yang mendapat kekangan keluarga untuk berjaulah, mahupun untuk join daurah. Alhamdulillah, mak ana melepaskan ana dengan mudah…tanpa perlu lama untuk bersoal siast. Syukur, memang syukur! 

Oh, jangan salah faham… family ana bukan family ikhwah. Family ana biasa2 je. Jadi ana rasa, bukanlah green light  yang ada terima atas dasar latar belakang dakwah dan tarbiyyah.. Barangkali ianya lebih kepada keyakinan mak ana terhadap ana… dan Insyaallah sedikit usaha untuk menguatkan kepercayaan yang sedia ada. Oh, itulah yang sebenarnya yang ingin ana kongsikan… 

Ana selalu teringat saat mula2 sekali, peristiwa bagaimana ana memberitahu mak ana tentang niat untuk join jaulah Aussie tahun lepas. Berdebar2 bila mak ana bertanya, ke Aussie tu untuk apa? Tapi ana menjawab dengan yakin dan bersungguh2nya… “Untuk dakwah!!” Err..ana kira, bagi sesiapa yang belum pernah mencuba jawapan direct sebegini…ini bukan sesuatu yang boleh dicanangkan! Tapi mengenangkan semangat yang berkobar2 di awal2 tahun tarrbiyyah, ana rasa bolehlah dimaafkan. Lama mak ana terdiam, ntah apa yang difikirkan. Tapi untung, kerana tiada soalan susulan…mak ana hanya tersenyum. Sekembalinya dari Aussie, mak ana tidak juga banyak bertanya. Oh, apalah yang bermain di fikirannya? Suka ke..tak suka ke? Approve ke…tak approve ke? Cuma pernah sekali mak ana memerli ana bila tidur selepas asar (oh, jahilyyah…jahiliyyah!). “Laa..tido ke? Dah asar ni dah, cakap nak berdakwah! Macam mana orang nak ikut dakwah awak kalau awak sendiri tidur lepas asar?” Teguran yang telus, rasa macam terkena tikaman belati halus. Memang menusuk…tapi manisnya kerana teguran itu ikhlas dari seorang emak! Barulah la ana perasan…yang mak ana memang betul2 take note dengan apa yang pernah ana katakan sebelum ni. Tapi, walaupun teguran tu terkena batang hidung sendiri…ana gembira sangat2! Sekurang2nya ana tahu yang mak ana tak marah, apatah lagi menghalang. Malah sebenarnya mendapat sokongan apabila mak ana bertanyakan kecukupan duit untuk ke mana2. Terima kasih, mak!

Ya…memang seronok bila mendapat approvement dari mak! Yelah..nak ke mana2 pun senang kan. Tapi uniknya, ana perlu mendapatkan approvement ini bukan dari sorang…tapi 3! Hmm..mak, umi (ok2, umi tu bukan mak number 2..umi itu ialah mak saudara ana) dan semestinya nenek. Dan untuk ketiga2 nya perlu merangka strategi yang berbeza2. Dengan mak lain sentuhannya…dengan umi, lain bicaranya dan pasti dengan nenek pula berbeza gayanya! Bak kata Fathi Yakan dalam buku “Bagaimana kita menyeru kepada Islam.” 

Para da’ie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu!

Benar, mak ana memang tidak kisah jika ana keluar rumah ketika summer. Tidak mengapa jika sekali dua…tapi mengenangkan kekerapan yang berganda dan lamanya program di luar sana, sewajarnya masa yang ada di rumah dimanfaatkan sepenuhnya! Kualiti..dan kuantiti, kita memang selalu bercakap tentang keduanya bukan? Masa yang berkualiti lebih bereerti… Maka, sebolehnya ana menggunakan sepenuhnya masa di rumah untuk duduk berdua, makan bersama2 dab berborak seromantiknya! (Marilah belajar untuk mengungkap kata sayang pada emak tercinta…di depan mata mereka. Siapa yang masih segan2, kena berusaha lagi,k). Sehabisnya solat maghrib selalunya diluangkan di bilik mak ana untuk berborak2 sambil mengurut2. “Okay, adik picit kaki kiri…angah picit kaki kanan k? Tengok, sape yang lagi kuat?” Sesekali ana cuba menjadikan event urut-mengurut sesuatu yang menyeronokkan… “Tengok, mak sayang angah..sebab angah picit kuat.” Adik hanya mencebikkan bibir bila mak ana menyuruh ana menggantikan posisi urutan adik ana yang tak seberapa sedap… Sambil mengurut2 ana bercerita perihal kehidupan di Dublin, program2 yang pernah ana ikuti  dan exam yang tak sudah2. 

Hmm..dengan mak, meng’quality’kan masa yang ada menjadi strategi utama. Almaklumlah, mak ana juga bekerja dan sebahagian masa mak ana di luar sana. Jadinya masa yang tinggal dan yang tak seberapa di rumah perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Dan seboleh2nya kepenatan mak kembali dari tempat mengajar disambut dengan hidangan yang tersedia di meja makan, baju yang sudah sedia berlipat dan insyaallah rumah yang kemas…Tapi dengan umi agak berbeza, sirr perlu sentiasa ada! Teringat kata2 umi beberapa bulan yang lepas.

 “Angah kat sana tu berjaga2…jangan nak join apa2 sangat, ABIM ke..usrah2 ke, persatuan2 ke. Haa..jangan ingat umi tak tau, umi ada 6th sense tau! Satu lagi, umi dengar yang kahwin sesama persatuan (ana tak pasti jika yang dimaksudkan sesama jemaah). Jangan main2 dengan umi….”

Err…memang menakutkan! Manalah umi dengar semua cerita nih. Tidak banyak yang boleh dilakukan melainkan mendiamkan diri atau mengubah topik lain. Oh, bahaya jika umi tahu kesemuanya. Summer tahun lepas, banyaknya masa dihabiskan bersama umi dengan menemani umi ke sana ke sini. Teman umi mengajar di kelas fardhu ain, teman umi ke turun pekan…teman umi ke kursus2. Banyak masa diluangkan agar umi tak berjaya mengesan kisah2 ‘di belakang’ ..hehe..(okay2, insyaallah ikhlas dan kerana ana sayangkan umi ana)

Dan nenek ana pula berada di antaranya. Nenek tidak pernah menghalang, tapi banyak pula soalnya. Nak ke mana, berapa lama, dengan siapa, balik pukul berapa? Jadi, kebanyakan program…ana redah je! Pernah juga nenek memerli ana kerana terlalu kerap keluar tanpa menjelaskan apa2, melainkan berkata ada sumthing dengan kawan2. 

“Ha..angah. Lepas nih nak ke mana pula?” 

Ya, ana tidak menafikan kekurangan yang ada bila main redah je. Walaupun dapat mengelak daripada menjawab soalan2 yang memungkinkan ana tidak medapat green light untuk keluar, tapi risau juga bila nenek terasa. Cuma advantage sebagai cucu kesayangan, membolehkan ana melakukan banyak perkara tanpa perlu banyak bicara… Baik2, next summer will come out dengan strategi yang berbeza…Oh, ye! Bagi sesiapa yang ingin menggunakan strategi ‘redah je’ ni…perlukan skill untuk mengambil hati semula. Sebelum kembali dari mana2 program, selalunya ana akan singgah mana gerai atau kedai untuk membeli makanan kegemaran mereka. Hmm..tak kisah la goreng pisang ke, donut ke, atau apa saja asalkan pulangnya ana ke rumah bukan bertangan kosong semata. Alhamdulillah, kebanyakan masa ianya berjaya! Dan keesokan paginya, ana cuba bangun seawal mungkin dan terpacak di depan dapur dengan penyapu dan mop untuk menolong apa2 yang patut. Berkilat lantai umah ana… Yelah, nak mengcompensate kesalahan ‘meredah’ la katakan… 

Ana yakin, sahabat2 di luar sana juga mengalami situasi yang serupa… Ada yang senang mendapatkan kebenaran keluar rumah, ada yang susah. Pun ada yang terpaksa keluar senyap2. Dan ana yakin, masing2 berusaha sedayanya untuk mengatasi masalah yang ada. Dengan cara menjelaskan semuanya…mahupun merahsiakan sebahagiannya. Namun yang pasti, usaha harus ada. Tidak wajar duduk bersahaja.. Ana yakin, summer menjadi booster bagi kita! Jadi, walau apa pun cara…harus berusaha ke arahnya. Chayo2!! 

P/S: Mungkin cara yang Ustaz Fauzi ceritakan semasa Spring Camp pun boleh digunakan. Menarik gak tu!