Haqqan jihad!

“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan HAQQAN JIHADIHI (jihad yang sebenar2nya). Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.” [22:78]

Saya mulakan dengan mengingat kembali potongan ayat favourite saya…yang barangkali saya terlupa buat seketika. Entahlah…moga benar2 saya mampu berjihad dengan jihad yang HAQ! (yakin2, insyaallah Allah akan tolong kan…)

Baru2 ini telah terjadi dengan bermacam2nya dugaan dan cerita, pastinya telah menghambat kesabaran dengan hebatnya! Ya Allah…kadang2 mmg akan terlintas je di fikiran seandainya mampu meneruskan perjuangan ini.

Dan yang paling teruji ialah ukhuwwah fillah yang sebelum ini mudah sahaja melewati bibir. Selembut dan sehalus angin lalu…rupa2nya ukhuwwah fillah itu, bisa saja datang dan menyapa. Lantas ia membuat kita berasa bahagia menghirup segar udaranya, kemudian bila ia pergi…boleh saja kita bertanya. Bilakah ia akan menjelma buat kali kedua, kerana sesungguhnya aku rindu pada hangatnya suasana! Ya Allah…rindunya pada sisters semua. Kini, Rai yang telah kembali ke tanah air…dan pasti akan dikuti oleh Wani dan Liyana membuatkan saya berkira2, mampukah saya meneruskan perjuangan kita? Ya Allah, sesaknya rasa dada…

Wani selalu jer kata, “Korang, teruskan la yer. Kitorang dah ak balik Malaysia..hehe.” Wawa, sebaknya..

Siapa yang benar2 melewati jerih perjalanan ini, pasti akan mengerti sukarnya mendaki tanpa ‘Harun’ di sisi…

Moga benar2 dikuatkan hati, ditolak rasa lemah diri ke tepi!!

Sebab…jihad kita ialah haqqan jihad! Jihad yang sepenuh hati…sepenuh perasaan kasih-sayang, dan segalanya yang dilimpahkan untuk jalan ini.

Allah akan mempermudakan untuk kita…insyaallah!

Untuk sisters yang masih di Dublin…kita teruskan perjuangan kita yer? Ingat tak lagi, kata2 Abu Bakar ketika kewafatan nabi?

“Siapa diantara kalian yang menyembah Muhammad (Rasulullah), maka Muhammad sudah wafat. Tapi barangsiapa menyembah Allah SWT maka Allah SWT itu hidup dan tidak akan mati.”

Ya Allah, terharu kan dengan kata2 Abu Bakar (tibe2 rasa rindu plak dengan Abu Bakar ni..ish!) Walaupun mula2 nampak ganas..tapi at the end sangatlah meng’console’ hati yang gundah gulana. Bahawa, walau apa yang berlaku, walau sesusah mana perjalanan selepas ini…Allah kan masih ada, malah tetap akan ada selamanya! Kembalikan pergantungan harap kepada Allah, yakin pada Allah…curahat pada Allah! Sebab perjuangan kita mmg perjuangan membawa manusia kepada cinta Allah…jadi sekiranya kita berpisah atas ketentuan dan kasih pada Allah, maka hati…redhalah!

Ya Allah…
(tibe2 kembali bersemangat!)

Advertisement

4 Comments (+add yours?)

  1. iman
    Feb 24, 2010 @ 18:51:18

    Salam had :)
    insyaAllah antunna adalah org2 yg Allah pilih. Allah pasti akan beri kekuatan untuk sesiapa yang berjuang untuknya. insyaAllah

    sayang had fillah <3

  2. Mz
    Feb 25, 2010 @ 04:25:37

    chaiyoks k. had!!!

  3. Thuaibah
    Feb 25, 2010 @ 17:04:12

    Hadz Dearie,

    Orang yang balik Malaysia juga merasakan perkara yang sama, mgkn lebih lagi. Bi’ah di sana lebih sejuk dan damai..

    Allahu Qawwi..moga Allah menguatkan. Kuatkan tekad dan Allah akan membenarkanmu.

    Satu sedutan story~

    ” Ketika Rasulullah membahagikan harta ghanimah, seorang lelaki Badwi datang dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku tidak ikut berperang untuk ini (harta), akan tetapi supaya aku mati dipanah di sini (sambil mengisyaratkan ke halqumnya).

    Rasulullah bersabda: “Sekiranya engkau bercakap benar, Allah akan membenarkan kamu…”…..”

    InsyaAllah, jika kita nak menjadi KITA, Allah akan izinkan untuk kita di sini dan kita di sana menjadi KITA=)

  4. trendymuslimah
    May 05, 2010 @ 01:20:37

    salam ziarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.