Layakkah aku menjadi KITA?

Jika mereka mengenali KITA, mereka pasti akan berkata..”Istimewanya KITA..” Aku merasai hangat dan bahagianya menjadi KITA. Ke hulur dn ke hilir bersama2…kau membawa kereta, dan aku duduk di sebelah bersama2. Oh, ini kan kereta dakwah KITA!

Jika mereka tahu siapa KITA, mereka pasti hendak turut serta…  Walau sesusah mana, tidak kira! Walau serabut macam mana…belakang cerita! Aku yakin, kerana engkau dan aku membentuk KITA. Dan engkau adalah antara sebab aku utuh menggigit keras lekuknya jalanan ini. Engkau yang menepuk2 bahu dan memegang jari-jemari lantas berkata, “Tak mengapa…bersabar sahaja.”

Andai mereka berada antara KITA…aku yakin mereka akan ketawa dan menangis bersama2.

Andai mereka melihat kemesraan KITA, aku yakin mereka juga akan pelik buat seketika. Barangkali akan bertanya, “Wujudkah golongan seperti KITA?” Kerana…aku juga pernah berfikir perkara yang sama. “Wujudkan insan seperti mereka (insan2 terdahulu sebelum kita)?”

Kalaulah mereka sanggup bersabar bersama KITA…mereka akan lebih mengerti makna pengorbanan yang tidak mengenal waktunya. Kerana aku juga belajar perkara yang sama.(walau ada masanya tewas kerana sayang pada dunia)

Kalaulah mereka menghirup nafas yang sama seperti KITA, pasti mereka jua merasa  indahnya ukhuwwah KITA. Meresap dalam darah kita…adalah janji kita untuk bersama2 setiap masa dalam rasa cinta yang sama.

Sekiranya mereka mengetahui siapa KITA…?

Siapa KITA?

Kerana aku memahami sukarnya sebenarnya menjadi KITA… Kadang kala terfikir jua, layakkah aku menjadi KITA?

Sebab untuk menjadi KITA, banyaknya yang telah memakan jiwa raga… Tidak sedikit yang memendam rasa.

Sebab untuk menjadi KITA, kadang2 terasa diri berpura2. Dengan penuh kekurangan yang sedia ada..mampukah aku menjadi KITA?

Untuk menjadi KITA…bererti menjadi Daie sempurna!

Layakkah sebenarnya aku menjadi KITA? Sedang terbentang di hadapan kita ialah perihal yang susah belaka…berlapang dada, berkorban apa saja dan ukhuwwah yang sebenarnya harus diusaha!

Barangkali engkau sudah melepasi tahap menjadi KITA…tapi aku?

Bolehkah aku menjadi KITA?

Lantas engkau berkata, dengan ayat yang sama. “Tidak mengapa, bersabar sahaja..”

(Ahh! Aku tidak tahu utk menjawab apa…tapi kutahu, aku perlu berusaha!)

P/S: Luahan perasaan pabila melihat sisters lain yang semakin laju…sedang diri baru berusaha utk ‘recover’ dari luka yang lama. Untuk jalan yang panjang, mohon doa dari antum semua!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.