Aku cuma mahukan…
17 Feb 2010 Leave a Comment
in perihal diri
Aku cuma mahukan hidup yang bahagia…
Dengan kepenatan dan berlapang dada…
Dengan melepaskan kesukaan, kemahuan..kepentingan. Kalaulah boleh, segala-galanya. Dan dengan itu, masih…aku berasa gembira.
Aku ingin kembali menjadi aku, kerana aku rindukan diriku yang dahulu..
Aku tidak mahu mengeluh cuma, sedang kerja yang dibuat tak seberapa…
Perasaan itu..jahilnya!!
Hidup, katakan pada diri yang selalu leka. Janganlah berkira2, janganlah berpura2…kerna yang dikejar ialah redhaNYA. Tidak mengapa jika manusia memandang biasa2, aku cuma mahu kasihNYA…
Tuhan, ingatkan padaku janji lama…
‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…”
Aku cuma mahukan senyuman yang tulus, kata2 yang halus…serta jiwa yang memberi. Agar di sana nanti…aku tetap berasa BAHAGIA, selamanya!



Recent Comments