Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..dah habis exam, yeay!! (clap, clap, clap!!)…

Hmm..macam biasa, banyak nyer lah kerja2 yang menanti dan emel2 yang minta dibaca. (alamak..tak bestnyer mengaku macam banyak kerja kan?). Tapi insyaallah saya yakin Allah akan bantu utk permudahkan urusan saya:)

Just after exam, sempat menjenguk dan melawat2 my dearest faradi dan ahlul insyirah yang lain..walaupun sedikit rasa bersalah sebab balik ke rifa’ tanpa membawa ayam ffc..afwan! Kesian plak kat ahlul rifa’ yang menanti beras dan ayam..hehe. Sisters selalu kate, “Rifa ni kadang2 macam Ziryabad…kalau mewah tu, mewah bebenar. Tapi kalau zuhud tu..zuhud la sangat sampai beras ngan gula pun tak der.” Err..tapi itulah hakikat sebuah Rifa’.. Alhamdulillah time2 exam ada je la sisters yang datang2 utk menemani saya study…datang utk masak, dan utk membawa lunch atau diner…jazakillah sisters!! Walaupun diakui…diri ini terlebih demand time2 exam, insyaallah ada ubi ada batas.. Oh, lupa nak ucapkan jazakillah juga kepada ‘amah misteri rifa’ yang selalu menyidai dan melipat2 baju saya. Sampai sekarang tak tau, siapa la saaaangat baik hati tolong uruskan baju2 saya.hehe… Bestnyer duduk Rifa’!!

Next to come…MABIT di Kahfi-Asrar, PMS, daurah,jaulah Turkey (sekali lagi)..dan seterus2nya. Masyaallah, bestnyer dah habis exam sebab boleh fikir semua perkara dengan lebih teratur Insyaallah. Mohon doa dari semua agar dapat manfaatkan segala kelapangan dan kesihatan yang dikurniakan… Menulis bukan utk me’war2′kan kesibukan yang kononya akan menjengah tak lama lagi, tapi sekadar utk mengupdate perjalanan diri di bumi Dublin ini..

Juga..berniat utk menghabiskan buku Fiqh Sirah 3, kalau sempat la… (sempat2, Insyaallah!!). Baru je baca tentang perjanjian Hudaibiyyah…dan baru selami serta fahami bahawa perjanjian Hudaibiyyah tu penuh dengan emosi dan perasaan tidak puas hati para sahabat terhadap Rasulullah sehinggalah turunnya surah al-Fath ayat 27. Umar sendiri pun mengaku kesilapannya yang ter’emo’ dengan tindakan Rasullullah yang terlalu linear dengan kafir Quraisy. Sehinggakan Umar mengatakan, “Saya selalu berpuasa, bersembahyang dan bersedekah utk melepaskan diri dari perkataan2 kasar yang saya ucapkan tempoh hari.” Juga,Rasulullah sendiri sangat2lah berkecil hati dengan sahabat yang tiba2 jadi ‘degil’ sebab tak nak turuti arahan menyembelih binatang qurban sampai Rasulullah yang sembelih sorang2…sabar je la, cian Rasullullah. Banyak lagi la rupanya kisah2 syahdu dan menyentuh hati di sebalik perjanjian Hudaibiyyah…yang selama ni macam tak de perasaan je dengan sirah ni. Padahal di belakangnya ialah pengobanan besar para sahabat yang terpaksa diheret balik ke Mekah dengan kaki yang masih berpasung dengan rantai besi. Sahabat Rasulullah, Abu Jundal merayu2 pihak muslimun utk membantu tetapi Rasulullah terpaksa membiarkan atas dasar menepati perjanjian Hudaibiyyah. Banyangkan je la perasaan Rasulullah yang melihat penderitaan sahabatnya…hanya kesabaran je yang menjadi peneguh hati baginda dan para sahabat yang lain… Hmm..jom sama2 bedah sirah Rasulullah!! Banyak lagi yang kita tak tau ni…

Insyaallah…akan berusaha mengupdate perkembangan diri through blog ni. Ramai yang tertanya2, apakah nasib blog saya ni..hehe, afwan! Masih mencari2 masa utk menulis…

Seterus…dan seterusnya? Silalah menyibukkan diri masing2 dengan hal2 yang bermanfaat dan gunakanlah rezeki yang Allah bagi dengan sebaik2nya. Teringat kata2 dalam sebuah blog, ”Rezeki itu ialah nikmat yang boleh membawa kita ke syurga…kalau sesuatu tu hanya membawa kepuasan di dunia, tu belum tentu dipanggil rezeki.” Err..

Insyaallah…chayo2!!

Alhamdulillah masih bernafas..(dengan nafas iman dan islam). Alhamdulillah..

Barangkali..itulah yang terbaik yang mampu dizahirkan pada pagi ini. With all the ups and downs yang seringkali mambuatkan diri saya berkira2 untuk bertahan di jalan ini…saya hanya mampu bersyukur pada Tuhan. Terima kasih Tuhan, di saat2 rasa tidak  larat melembabkan gear dakwah dan tarbiyyah saya..saya masih punya puluhan sisters yang sentiasa memberi semangat. Saya katakan kepada mereka…sungguh, kerana semangat antunna dan kekuatan dariNYA lah yang membuatkan saya mampu bertahan. Semuanya semngat2 yang dikutip dari Rifa’, Kahfi, Asrar, Insyirah, Wafa..dan sampailah ke tanah air saya yang tercinta.  Jazakillah Kak Put!!!

Ah, penat dah rasanya utk melayan rasa ntah ape2 ni! Betul..kadang2 rasa tak wat kerja bukan sebab tak larat..tapi dok melayan perasaan sendiri.  Saya yakin..sisters yang bersama2 saya tahu kenapa… Kalaulah dulu saya seringkali mengingatkan my dearest sisters supaya sentiasa berdoa dan bertahan..kini nasihat itu kembali kepada saya..

Okay…saya akan berusaha!! Walaupun dengan amanah dan tanggungjawab baru yang diberikan sangat2 mengejutkan…juga mendebarkan.huhu.. Yela, saya ni kan ntah ape2 sket. But, i’ll try Insyallah.. Dulu2, selalu orang kata…kita akan dapat anak usrah, exactly the same as who we are. Pastu,  akan salahkan Kak Teha bila mengenangkan diri yang ske main2.. “Ni sume salah Kak Teha..kalau dulu2 kak Teha baik mesti saya baik gak. Tak la saya jadi nakal macam ni.” huhu.. Mesti Kak Teha sabar je melayan kerenah saya kan. Bila dah semakin ‘tua’ ni, tiba2 terasa betul sangat2 kata2 tu. ..sebab dapat adik2 yang nak tak nak, terpaksa jugak mengaku yang adik2 tercinta ni…sedikit sebanyak menyerupai diri saya. Oh, bukanlah dari segi yang ‘ntah ape2′ tu..tapi the other side of me yang saya yakin sisters2 lain faham.hehe.. Pyscho kan!! Macam…tengok kat cermin, nampak diri sendiri. Tapi…itulah yang menjadikan segala2nya cantik dan menarik…

Insyaallah saya akan berusaha!! (saje nak bagi semangat kat diri sendiri) To my dearest ANATI…kite sangat2 sayang kat antunna sume. Tak sabar setiap kali nak jumpa antunna…sebab antunna lah yang menjadi pembakar semangat kite. Hopefully our new happy family ni akan bersama2 membesar dalam dakwah dan tarbiyyah…dengan penuh kasih sayang..Muah2..

p/s: Lepas ni tak nak tulis manglish dah..rosak bahasa saya..

Alhamdulillah..sudah seminggu lebih tiba di M’sia…

Ntah la…rasanya summer kali ini sangat2lah berbeza, terlalu ketara barangkali!  Kali ini, ana tidak pulang sebagai ‘adik’ yang sesampai saja di Malaysia sudah disambut oleh panggilan telefon oleh Kak Teha dan sisters lain…wawawa, sudah tua rupanya diri ini! Tahun ini harus sudah pandai berdikari…harus pandai usaha sendiri..

Tidak sampai seminggu di Seremban dan meluangkan masa bersama2 dengan atok dan nenek, ana ke rumah mak ana di Chini pula.. Kemudian bermalam di rumah umi di Pekan selama 2 malam.. ana tahu, mak di Chini pasti menanti2 ana kembali ke Chini. Ana janji pada mak, takkan lama sangat di rumah Umi…ana tahu, mak sedikit sebanyak mengharapkan ana menghabiskan di Chini. Kadang kala, melihatkan raut muka mak ana apabila ana meminta izin bermalam di rumah Umi..ana tahu, mak ana agak keberatan untuk melepaskan ana…ana tahu! Lebih2 lagi mengenangkan keluhan mak berkenaan perihal adik beradik lain yang jarang berada di Chini. Mak kata, “Chini nih felda jer, tak ada ape2 sangat…mak faham kalau semua orang tak nak duduk lama2 kat Chini ni.” Mak, sayunya hati angah dengar mak kata macam tu!

Kini…Umi pula meminta ana untuk meluangkan lebih masa di Pekan. Umi kata, ana ni macam biskut…Kejap ada, kejap tak de. Umi minta ana stay lama lagi di sini… Sekali sekala ana pulang ke Pekan, katanya sawang2 harus dibersihkan, cadar2 harus berganti, satu rumah kena ada ‘operasi’…Kemudian Umi kata, nak bawa ana makan satay, jalan2 kat Pekan…ziarah rumah sepupu dan macam2 lagi.. Aduh, konfiusnya!! Kat Chini, mak menanti…kat Pekan pula Umi menabur janji. Ntah la…susahnya nak jaga hati semua kan…

19hb pula ana akan berangkat semula ke Seremban atas urusan2 yang perlu diselesaikan. Mak dan Umi terkejut bila ana kata..ana ada keje sket yang kena handle. Tapi mak tak banyak tanya, terus berjanji untuk belikan tiket bas untuk ana. Ana kira, mak sudah faham dengan istilah dakwah dan daurah. Cuma sekali sekala mak akan perli ana dengan berkata, “Kali ni nak berdakwah kat mana pula?”..huhu, ana hanya mampu tersenyum. Umi pula sempat ber’ceramah’ panjang pada ana.. Yelah, setahun sekali balik Malaysia takkan la asyik ke hulu ke hilir katanya. Tapi ana diamkan saja. Ana tahu, keduanya mengharap ana berada di samping mereka… Mak sempat berpesan, janganlah lepas habis keje dan habis daurah terus balik Chini…luangkan masa dengan nenek, berborak2 lah dengan atok. Mak kata, atok dan nenek sunyi kat Seremban tu…Ye, mak,insyaallah..

Yang pastinya, diri yang tak seberapa sempurna ini selalunya mengeluh dan berada dalam dilema. (okay2, ana tahu bunyinya agak dramatik).. Dalam nak memenangi hati mak di Chini, nenek di Seremban kadang2 merajuk. Katanya, ana jarang nak melawatnya di Seremban. Umi pun merajuk juga, cuma dia tidak berkata apa2… Jika berada lama di Pekan, mak pula akan terasa…nenek apatah pula. Ntah la…konfius2! Dalam memilih antara 3, ana selalu tersepit di antaranya…

Sekadar luahan rasa…

Bismillahirrahmanirrahim…

Insyaallah hari ini merupakan the very last day for my final exam!! Wah…tak sabarnya nak tunggu semuanya berakhir. Dengan list of “THINGS TO DO” yang menanti after exam. Ya Tuhan, moga dipermudahkan!

Sekadar rasa nak menulis di pagi hari after solat subuh… 

Pagi ini terlalu ni nikmat dan menenangkan, Masyaallah… Bangun dengan kesempatan menyebut namaNYA suatu yang sangat mengasyikkan, justeru seolah2 mendapat dakapan mesra dari Tuhan yang Satu. Puas! Dengan titisan hujan yang datang dan pergi. Tuhan, rindunya pada kedamaian ini… Kenikmatan yang kutunggu2 selama ini!

Tiba2 teringat kisah sebuah hadith bilamana turun ayat terakhir dalam surah at-Takasur…

Kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala naim (nikmat) yang telah kamu nikmati di dunia.

Lantas para sahabat bertanya. “Nai’m? Apakah itu nai’m ya Rasulullah? Apakah sekecil2 nai’m yang telah kami peroleh?” Lalu nabi berkata. “Udara yang kamu hirup.”

Terkesima juga sebenarnya mendapat tahu jawapan Rasulullah tu… Err, kalaulah dengan sekecil2 nikmat O2 yang kita hirup ini ada pertanggungjawabannya… apatah lagi nikmat2 lain! Nikmat makan, tangan…nikmat bercakap dan segala macam yang tak terhitung! (Nikmat ke oversea nya lagi, pergh). Patutlah ada sahabat yang sampai berkata dia lebih rela kalau tidak dilahirkan sebagai manusia…

Juga sebuah hadith bilamana Rasulullah melihat sahabatnya yang kehausan dan meneguk air, lantas baginda berkata,

Sesungguhnya Allah akan bertanya padamu. Adakah engkau minum kerana haus…atau kerana untuk beribadat kepadaKU?

Besarnya pertanggungjawaban tu. Sampai ke tahap kenapa kita minum? Ya Allah! Dan sekiranya betullah…kita ni minum kerana nak beribadah kepada Allah, baik kiranya kita check semula kan. Betul ke hidup kita nih sungguh2 nak beribadat kepada Allah? Betul ke hidup ini satu dedikasi mutlak dan total kepada Allah? Benarkah untuk 2:30 dan 51:56? Kalau betul…sudah ke secara all out nya kita beribadah dan bergerak untuk menegakkan kalimah Allah? Dah sampai penat, dah sampai rasa nak pengsan ke? Dah rasa sampai tak larat sangat2 ke…atau macam mana? Hmm..kita ni termasuk ana sendiri masih bermain2 sebenarnya! Dunia ini terlalu mengancam, walau dengan kenikmatan2 yang remeh dan kesukaan2 yang kecil…

Doaku ya Tuhan, moga segala kenikmatan yang diperoleh mampu dipertanggungjawabkan.. Semoga yang lahir dari hembusana nafasku adalah yang benar dan baik2 belaka…Selaluku dengar, iman itu yazid wa yankuz…naik dan turun. Namun, biarlah naik dan turun itu masih dalam lingkungan yang masih tidak keterlaluan. Bantulah aku, Tuhan! Keduniaan dan kelapangan itu selalu mencengkam!

P/S: Orang yang beriman akan bekerja seolah2 dia melihat Syurga itu di depan mata. Sikit je lagi nak sampai…sikit je! Ayuh, teruskan marathon!

Masing2 ada perkara dan kesukaan yang mengikat kita. Selalunya yang mengumpul dan mengikat kita ialah apabila wujudnya persamaan, keadaan persekitaran yang menyenangkan dan perasaan kasih-sayang. Cumanya, sama ada kita perasan ataupun tidak…kadang2 perasaan, kesukaan dan keterikatan itu lahir dari karat2 jahiliyah yang belum terusik, belum terkikis. Bukanlah kita tak nak…cumanya kita tak sedar. Hmm…contohnya, perasaan ketaatan kita pada seseorang…adakah sandarannya keimanan kepada Allah, atau kerana perasaan itu sudah lahir secara fitrah sejak azali lagi? Kemarahan yang terlahir, adakah cetusannya gara2 tercabar prinsip asal diri kita, atau apabila terabai hak2 Tuhan segala manusia…atau kerana apa? Kerinduaan dan kesayangan kita pada tanah air contohnya..adakah kerana itulah tempah lahir kita,tempat bermain2 kita..atau kerana apa?

Sandaran sebuah perasaan itu bukanlah pada yang dilihat oleh mata, hati mahupun jiwa kita sebagai elok atau tidak…bukan pada suka atau tidak, tapi apa yang ditentukan oleh Pemilik setiap nyawa. Kalau yang diperintah itu adalah untuk cinta kepada perkara A, maka seluruh penyerahan dan kecintaan itu adalah untuk perkara A..bukan B, C..mahupun apa2 yang lain.

Itu apa yang ana dapat semasa membedah surah al-Baqarah ayat 142-150 bersama kak hajar.

Pasti ramai yang tidak tahu bukan…sekiranya ana utarakan satu persoalan. Apakah kiblat pertama orang Islam? Oh..tidak, tidak! Bukan Masjiidil Aqsar…tapi Baitullah. Ya, memang tiada satu riwayat pun yang qat’i yang menceritakan perihal peralihan qiblat. Ayat2 dalam al-Qurang khususnya membicarakan tentang perubahan arah kiblat dari masjidil Aqsar ke Baitullah…namun dari kumpulan2 riwayat yang berhubung dengan peristiwa ini..dapatlah dikumpulkan bahawa Kaum Muslimin telah mengadap kibat ke arah Baitullah sejak solat difardhukan. Kemudian, nabi diperintahkan untuk mengadap ke Baitul Maqdis selepas hijrah dan perintah ini dipercayai dengan kuat bukanlah dari perintah menerusi al-Quran. Kemudian, datang ayat yang memansuhkan perintah tadi iaitu ayat:

…Oleh itu, hadapilah mukamu ke arah masjidil haram, dan di mana saja kamu berada maka halakanlah mukamu ke arahnya…[2:144]

kaabah 

Oh, sulit untuk ana menceritakan sejarah dan kisah-kisah penyebaran dai’yah ahli2 kitab yang tidak berpuas hati dengan peralihan kiblat di sini…kisahnya agak panjang. Yang pastinya, kempen penyebaran dai’yah mereka bukan sebarangan…tapi mampu mencambahkan benih2 keraguaan dan kegelisahan terhadap Muhammad dan Islam itu sendiri. Harus diingat bahawa peralihan kiblat telah berlaku dua kali! Pertamanya dari Baitullah ke Masjidil Aqsar…kemudiannya kembali semula ke Baitullah. Maka, pengembalian kiblat ke Baitullah mematahkan hujah mereka bahawa agama mereka adalah agama yang asal dan yang Haq. Cukuplah dirumuskan keangkuhan dan sikap dengki ahli kitab apabila mereka berkata,

Jika menghala ke kiblat Baitul-Maqdis itu tidak sah, maka solat kamu di sepanjang masa ini tentulah sia-sia sahaja. Dan jika penghalaan ke kiblat Baitul-Maqdis itu benar, maka penghalaan yang baru ke Masjidil-Haram itu adalah tidak benar dan ia akan menghilangkan pahala segala solat kamu yang mengadap ke arahnya.

Namun, perubahan kiblat bukan sekadar satu perlihan dari segi sudut cakahnya semata2. Bukan sekadar mengangkat sejadah dan membentangkan kearah Timur mahupun Barat

Dan Kami tidak jadikan kiblat yang engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui (dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran).[2:143]

Perubahan kiblat itu adalah satu bentuk ujian Allah s.w.t untuk menguji dasar keterikatan orang Islam itu sendiri!!

Mengambil kira dari fakta sejarah, Baitullah dan orang Arab punya pertalian yang panjang dari zaman nabi Allah Ibrahim. Baitullah tidak tertegak sebagai struktur bangunan semata2, tapi Baitullah ialah nadi, lambang kemuliaan, kesatuan dan fanatik bangsa! Perasaan kemegahan dengan adanya Baitullah sudah terlalu sebati dalam diri orang2 Arab. Lebih2 lagi, apabila saham Baitullah dinaikkan oleh Allah dengan terlerainya cita2 Abrahah meruntuhkan kaabah. Pada fkiran mereka… Baitullah itu milik siapa? Ya, milik orang Arab! Jika begitu…kemuliaan yang ingin dipertahankan oleh Tuhan itu kemuliaan siapa, bangsa apa? Sudah tentulah orang Arab! Bangsa yang selama ini memiliki dan yang mempertahankan Baitullah. Baitullah itu penyerahan nenek moyang kepada mereka, warisan kemuliaan dan kebanggaan. Maka, memutuskan hubungan antara Baitullah dan orang Arab bukanlah suatu perintah yang ringan dan mudah dilaksanakan. Mengalihkan fokus dan kecintaan kepada sesuatu yang baru pula ialah berat, lagi menyulitkan! Samalah sepertimana jika kita memutuskan ‘kiblat’ pada tanah air Malaysia…dan mengalihkannya kepada negara Indonesia misalannya. Kasih sayang dan kesedian itu belum tentu ada. Barangkali kerana rasa bangga pada Malaysia yang membabi buta.. (Yela..kat Malaysia kan cukup segala-galanya)

Justeru, peralihan kiblat dari Baitullah ke masjidil Aqsar untuk satu tempoh tertentu bukan hanya perubahan biasa2. Perubahan itu ialah untuk membersihkan jiwa orang Arab dari segala keterikatan dan hubungan yang bukan didasari dengan keimanan kepada Allah. Perubahan untuk memisahkan mereka dari segala perasaan dan keladak2 jahiliyyah, semangat kebangsaan yang melampau…dan mengalihkannya kepada perasaan taat, patuh, redha serta menyerah diri kepada Allah. Bukan lagi dikongkong oleh latar sejarah yang panjang atau fanatik kekauman!

Perintah peralihan itu ialah satu pembersihan dan penyucian…

Kerana barangkali sahaja perasaan keterikatan pada Baitullah itu sudah terlalu larut dalam diri dan darah daging…sehingga mungkin sahaja mereka tidak menyedari kewujudan semangat jahiliyyah dalam diri mereka.

Subhanallah…Maha halus cara Allah dalam mengajar kita erti ketaatan dan kepatuhan. Yang mengajar kita apakah ia…dasar kepada sebuah keterikatan. Iaitu keimanan pada yang Satu, bukannya mengikut dengan melulu segala tradisi yang terdahulu!

Bukanlah untuk mengatakan bahawa ketaatan kepada seorang itu tidak perlu. Cumanya wajar kita bersoal kira dengan diri kita dan menanya2…apakah dasar kepada ketaatan dan keterikatan kita? Dan segala macam perasaan sekalipun yang ada. Adakah dasarnya ialah keimanan dan kepatuhan yang bulat pada perintahNYA…atau kerana apa?

Alhamdulillah…syukur sangat2!!! 2 paper dah habis, lagi 4 yang perlu berjawab. Moga dipermudahkan urusan ya RAB…sebagaimana telah Engkau permudahkan bagiku urusan2ku yang terdahulu… 

Sedikit terkilan mengenangkan modul Disability yang bakal berakhir. Oh, walaupun case presentation yang dibentangkan tidaklah begitu memberansangkan…tapi itu bukanlah ukuran! Ana tidak begitu pasti jika university2 lain turut memasukkan modul Disability dalam pembelajaran mereka. Jika tiada…ana merasakan itu satu kerugian yang besar! Banyak yang diajarkan kepada kami tentang erti sebuah keupayaan, kepayahan hidup dengan kecacatan, kesusahan dengan batas pergerakan…dan yang paling penting, perlunya disyukuri segala kenikmatan!

Ada yang lahir tanpa tangan..tanpa kaki yang selengkapnya.
Ada yang lahir tanpa tangan..tanpa kaki yang selengkapnya.

 

Ya, benar…kesyukuran untuk segala kenikmatan! 

Namun rasa syukur itu harus diraihditagih…dan diminta2 pada yang Esa. Kerana fitrah manusia itu alpa dan leka…maka syukur kita tidak datang setiap masa.

Syukur kita berkala..

Syukur kita bila ditambahkan harta, sedangkan besederhana pun OK ape…

Syukur kita bila dilapangkan dada, sedang kesempitan jiwa tanda Allah menduga. Maka syukur juga perlu ada…

Syukur kita bila mendapat khabar gembira dan rasa bahagia…dan mendapat tempias kasih-sayangNYA.

Ya, syukur kita memang berkala Kadang2 ada, kadang kala lupa… Sebab itu diajarkan kepada kita sebuah doa…agar syukur kita tidaklah terbatas pada masa2 tertentu, rasa2 tertentu mahupun nikmat2 tertentu…

Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh. (Q.S. An-Naml : 19)

Tidak salah jika bersyukur utk apa yang sedia ada, dengan kecukupan yang sedang2 saja…tak mengapa bersyukur walau tanpa pertambahan yang nyata. Kerana kita mengharapkan redhaNYA setiap masa, setiap ketika…

Syukur kita kerana dilahirkan tanpa cacat cela, walau tanpa kehebatan luar biasa. Ada orang di luar sana harus lebih usaha…kerana pada mereka tidak cukup sempurna. Dengan masalah buta mata, pekaknya, tulinya…tidak termasuk yang cacat seluruh anggota! Oh…mungkin itu bagi kita biasa saja..

Syukur kita kerana cukup makan segala, hingga selalu ada bersisa! Sedang yang di luar sana hidup dengan kemelaratan berganda. Makan saje apa yang ada, dikorek apa yang terdaya…dijamah segala yang terjumpa. Mungkin awda tidak percaya?

 

 S.Y.U.K.U.R!

 

Green light dari family...

Green light dari family...

 

Mudahnya mendapatkan green light dari emak ana untuk ke mana2 program summer…ana kira itu satu keberuntungan yang besar! Selalu juga ana membandingkan diri ana dengan sahabat2 lain yang mendapat kekangan keluarga untuk berjaulah, mahupun untuk join daurah. Alhamdulillah, mak ana melepaskan ana dengan mudah…tanpa perlu lama untuk bersoal siast. Syukur, memang syukur! 

Oh, jangan salah faham… family ana bukan family ikhwah. Family ana biasa2 je. Jadi ana rasa, bukanlah green light  yang ada terima atas dasar latar belakang dakwah dan tarbiyyah.. Barangkali ianya lebih kepada keyakinan mak ana terhadap ana… dan Insyaallah sedikit usaha untuk menguatkan kepercayaan yang sedia ada. Oh, itulah yang sebenarnya yang ingin ana kongsikan… 

Ana selalu teringat saat mula2 sekali, peristiwa bagaimana ana memberitahu mak ana tentang niat untuk join jaulah Aussie tahun lepas. Berdebar2 bila mak ana bertanya, ke Aussie tu untuk apa? Tapi ana menjawab dengan yakin dan bersungguh2nya… “Untuk dakwah!!” Err..ana kira, bagi sesiapa yang belum pernah mencuba jawapan direct sebegini…ini bukan sesuatu yang boleh dicanangkan! Tapi mengenangkan semangat yang berkobar2 di awal2 tahun tarrbiyyah, ana rasa bolehlah dimaafkan. Lama mak ana terdiam, ntah apa yang difikirkan. Tapi untung, kerana tiada soalan susulan…mak ana hanya tersenyum. Sekembalinya dari Aussie, mak ana tidak juga banyak bertanya. Oh, apalah yang bermain di fikirannya? Suka ke..tak suka ke? Approve ke…tak approve ke? Cuma pernah sekali mak ana memerli ana bila tidur selepas asar (oh, jahilyyah…jahiliyyah!). “Laa..tido ke? Dah asar ni dah, cakap nak berdakwah! Macam mana orang nak ikut dakwah awak kalau awak sendiri tidur lepas asar?” Teguran yang telus, rasa macam terkena tikaman belati halus. Memang menusuk…tapi manisnya kerana teguran itu ikhlas dari seorang emak! Barulah la ana perasan…yang mak ana memang betul2 take note dengan apa yang pernah ana katakan sebelum ni. Tapi, walaupun teguran tu terkena batang hidung sendiri…ana gembira sangat2! Sekurang2nya ana tahu yang mak ana tak marah, apatah lagi menghalang. Malah sebenarnya mendapat sokongan apabila mak ana bertanyakan kecukupan duit untuk ke mana2. Terima kasih, mak!

Ya…memang seronok bila mendapat approvement dari mak! Yelah..nak ke mana2 pun senang kan. Tapi uniknya, ana perlu mendapatkan approvement ini bukan dari sorang…tapi 3! Hmm..mak, umi (ok2, umi tu bukan mak number 2..umi itu ialah mak saudara ana) dan semestinya nenek. Dan untuk ketiga2 nya perlu merangka strategi yang berbeza2. Dengan mak lain sentuhannya…dengan umi, lain bicaranya dan pasti dengan nenek pula berbeza gayanya! Bak kata Fathi Yakan dalam buku “Bagaimana kita menyeru kepada Islam.” 

Para da’ie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu!

Benar, mak ana memang tidak kisah jika ana keluar rumah ketika summer. Tidak mengapa jika sekali dua…tapi mengenangkan kekerapan yang berganda dan lamanya program di luar sana, sewajarnya masa yang ada di rumah dimanfaatkan sepenuhnya! Kualiti..dan kuantiti, kita memang selalu bercakap tentang keduanya bukan? Masa yang berkualiti lebih bereerti… Maka, sebolehnya ana menggunakan sepenuhnya masa di rumah untuk duduk berdua, makan bersama2 dab berborak seromantiknya! (Marilah belajar untuk mengungkap kata sayang pada emak tercinta…di depan mata mereka. Siapa yang masih segan2, kena berusaha lagi,k). Sehabisnya solat maghrib selalunya diluangkan di bilik mak ana untuk berborak2 sambil mengurut2. “Okay, adik picit kaki kiri…angah picit kaki kanan k? Tengok, sape yang lagi kuat?” Sesekali ana cuba menjadikan event urut-mengurut sesuatu yang menyeronokkan… “Tengok, mak sayang angah..sebab angah picit kuat.” Adik hanya mencebikkan bibir bila mak ana menyuruh ana menggantikan posisi urutan adik ana yang tak seberapa sedap… Sambil mengurut2 ana bercerita perihal kehidupan di Dublin, program2 yang pernah ana ikuti  dan exam yang tak sudah2. 

Hmm..dengan mak, meng’quality’kan masa yang ada menjadi strategi utama. Almaklumlah, mak ana juga bekerja dan sebahagian masa mak ana di luar sana. Jadinya masa yang tinggal dan yang tak seberapa di rumah perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Dan seboleh2nya kepenatan mak kembali dari tempat mengajar disambut dengan hidangan yang tersedia di meja makan, baju yang sudah sedia berlipat dan insyaallah rumah yang kemas…Tapi dengan umi agak berbeza, sirr perlu sentiasa ada! Teringat kata2 umi beberapa bulan yang lepas.

 “Angah kat sana tu berjaga2…jangan nak join apa2 sangat, ABIM ke..usrah2 ke, persatuan2 ke. Haa..jangan ingat umi tak tau, umi ada 6th sense tau! Satu lagi, umi dengar yang kahwin sesama persatuan (ana tak pasti jika yang dimaksudkan sesama jemaah). Jangan main2 dengan umi….”

Err…memang menakutkan! Manalah umi dengar semua cerita nih. Tidak banyak yang boleh dilakukan melainkan mendiamkan diri atau mengubah topik lain. Oh, bahaya jika umi tahu kesemuanya. Summer tahun lepas, banyaknya masa dihabiskan bersama umi dengan menemani umi ke sana ke sini. Teman umi mengajar di kelas fardhu ain, teman umi ke turun pekan…teman umi ke kursus2. Banyak masa diluangkan agar umi tak berjaya mengesan kisah2 ‘di belakang’ ..hehe..(okay2, insyaallah ikhlas dan kerana ana sayangkan umi ana)

Dan nenek ana pula berada di antaranya. Nenek tidak pernah menghalang, tapi banyak pula soalnya. Nak ke mana, berapa lama, dengan siapa, balik pukul berapa? Jadi, kebanyakan program…ana redah je! Pernah juga nenek memerli ana kerana terlalu kerap keluar tanpa menjelaskan apa2, melainkan berkata ada sumthing dengan kawan2. 

“Ha..angah. Lepas nih nak ke mana pula?” 

Ya, ana tidak menafikan kekurangan yang ada bila main redah je. Walaupun dapat mengelak daripada menjawab soalan2 yang memungkinkan ana tidak medapat green light untuk keluar, tapi risau juga bila nenek terasa. Cuma advantage sebagai cucu kesayangan, membolehkan ana melakukan banyak perkara tanpa perlu banyak bicara… Baik2, next summer will come out dengan strategi yang berbeza…Oh, ye! Bagi sesiapa yang ingin menggunakan strategi ‘redah je’ ni…perlukan skill untuk mengambil hati semula. Sebelum kembali dari mana2 program, selalunya ana akan singgah mana gerai atau kedai untuk membeli makanan kegemaran mereka. Hmm..tak kisah la goreng pisang ke, donut ke, atau apa saja asalkan pulangnya ana ke rumah bukan bertangan kosong semata. Alhamdulillah, kebanyakan masa ianya berjaya! Dan keesokan paginya, ana cuba bangun seawal mungkin dan terpacak di depan dapur dengan penyapu dan mop untuk menolong apa2 yang patut. Berkilat lantai umah ana… Yelah, nak mengcompensate kesalahan ‘meredah’ la katakan… 

Ana yakin, sahabat2 di luar sana juga mengalami situasi yang serupa… Ada yang senang mendapatkan kebenaran keluar rumah, ada yang susah. Pun ada yang terpaksa keluar senyap2. Dan ana yakin, masing2 berusaha sedayanya untuk mengatasi masalah yang ada. Dengan cara menjelaskan semuanya…mahupun merahsiakan sebahagiannya. Namun yang pasti, usaha harus ada. Tidak wajar duduk bersahaja.. Ana yakin, summer menjadi booster bagi kita! Jadi, walau apa pun cara…harus berusaha ke arahnya. Chayo2!! 

P/S: Mungkin cara yang Ustaz Fauzi ceritakan semasa Spring Camp pun boleh digunakan. Menarik gak tu!

 

“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu  alah syurga!

(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Sesungguhnya…barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya!

Ana selalu teringat kata2 seorang akhawat dalam blognya…

Penat

hari ni…

Allah, terimalah ini sbg ibadah!

Kata2 yang mudah, tak memerlukan akal yang tinggi untuk menterjemahkannya. Perkhabaran sebuah kepenatan. Tapi, entah mengapa ana mudah tersentuh…

Barangkali, hati ini yang terlalu mudah terharu..

Mungkin juga, sejak akhir2 ini…diri telah melihat betapa banyaknya ikhwah/akhawat yang mengorbankan masa, keringat tenaga dan segala yang seumpamanya untuk jalan dakwah ini. Semuanya all out! Ke sana…dan ke sini, untuk menyentuh hati2 mad’u yang belum terusik. Marathon dakwah akhawat2 yang di depan mata ana sendiri menjadikan ana cemburu dan takut. Cemburu kerana mereka mampu bergerak dengan pantas, tanpa bertangguh2. Namun kadang2 berasa takut melihat betapa terkehadapannya mereka! Takut sekiranya ana tidak mampu mengejar larian mereka…takut mengenangkan diri masih di takuk lama dan tidak mampu menjadi sehebat mereka. (Oh, inikah bisikan2 yang melemahkan??) Marathon dakwah, bukan perkara main2…tentu penat! Lepas habis yang satu2 program tarbiyyah, terus memikirkan progam peningkatan yang seterusnya..

Maka, apabila engkau telah selaesai (dari satu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) [94:7]

Namun, sekembalinya dari SC telah banyak mengajar ana. Penat dai’e hanyalah perkara biasa…

Kerana seorang da’ie bukan hanya ahli zuhud dunia, yang melihat agama itu sebagai pengasingan dan hanyut dalam pertapaan, wirid dan zikir tanpa dakwah dan jihad! Dai’e sejati meninggalkan tempat pertapaan untuk tampil di tengah2 gelanggang perjuangan…

Seorang dai’e adalah pengembara..yang mengembara ke pelusuk dunia untuk menyampaikan risalahNYA, maka tidak seharusnya seorang dai’e itu duduk bersahaja dan menunggu2 manusia datang kepadanya dan bertanya… Jika duduk dan mengharap itu modal yang kita ada…lupakan saja! Kerana dakwah tak akan ke mana2…

Seorang dai’e jua adalah agen penggerak dunia…seluruh manusia wajar berputar bersama2 mereka dan fikrah Islam yang dibawa, walau di ceruk mana.

Dai'e umpama matahari, menjadi paksi dan manusia lain berlegar2 mengelilinginya...

Dai’e umpama matahari, menjadi paksi dan manusia lain berlegar2 mengelilinginya…

Kerana dai’e harus mengejar segalanya…maka kepenatan bukan menjadi perkara luar biasa. Malah…menjadi indah sebuah kepenatan yang dedikasinya hanya pada yang Esa. Manisnya sebuah kepayahan yang rela disimpan dan dipendam kerana mengharap keredhaaNYA. Dai’e sejati yakin pada ganjaran yang menanti hadapan mereka…

Maka, untuk diri ini yang masih belum merasa penatnya…harus bergerak segera!! (Muhasabah diri: Perlukah dicanang kehebatan sebuah kepenatan, jika diri bernafas dalam kesenangan dan kesukaan?) Keretapi dakwah takkan menunggu lama, perlu dikejar secepatnya… Konon, dakwah bukan untuk yang manja. Tapi diri sudah terlalu bahagia dengan kelapangan yang ada!!! 

Diri…jangan asyik terleka!

Next Page »